Sabtu, 26 Julai 2008 4:00 PG
Di dalam entri saya yang sebelum nya, saya ada membincangkan mengenai menutup 'switch' di dingdin jika tidak menggunakannya. Satu cara yang lain jika kita rasa itu adalah suatu kerja yang melecehkan ialah dengan menggunakan 'energy saving bulbs' untuk lampu dan juga alat hawa dingin. Dengan ini, tidak perlu lah kita bersusah payah menutup setiap switch kerana dengan menggunakan ini ia menggunakan tenaga eletrik yang kurang dari lampu biasa tetapi ia dapat memberi keterangan lampu yang sama. Jika belakan eletrik kurang digunakan, ini bermakna kuranglah juga kos eletrik rumah kita. Walaupun mahal untuk membelinya tetapi untuk bekalan buat beberapa bulan, saya rasa ia memadai. Dengan itu, kawan-kawan pilih la yang betul dan fikir secara terbuka dan padang jauh. ok la. Itu sahaja yang saya ini berkongsi buat hari ini. Jumpa lagi =)
Khamis, 24 Julai 2008 4:42 PG
Satu cara untuk mengelakkan dari membeli barang baru ialah jaga barangan yang dipunyai sekarang. Jadi dengan menjaga barangan kita, kita tidak perlu membelanjakan wang untuk membeli barang yang sama lagi. Betul tak?
Saya baru sahaja membaca sebuah artikel di 'Channel Newasia Electronic' dimana Singapura adalah sebuah negara yang ke-13 termahal di dunia ini. Ini disebabkan kos kehidupan yang tinggi dan juga wang dolar Singapura yang semakin meningkat jika dibandingkan dengan wang dolar Amerika Syarikat. Mana tahu ini akan menyebabkan kehidupan di sini makin meningkat. Oleh itu, kita haruslah berjimat cermat mulai sekarang supaya kita ada wang simpanan yang cukup untuk membekalkan kehidupan kita di masa hadapan dan seterusnya.
Rabu, 23 Julai 2008 6:48 PG
*Gambar diambil dari Flickr
Sering kali semasa kita berjalan di luar, akan ada beberapa orang yang sedang memberi 'coupon' diskaun baik dari segi pusat makanan ataupun membeli-belah. Walaupun kurangnya tidak seberapa, tetapi jika kita menyimpan walaupun sepuluh sen sehari, sepuluh hari sudah menjadi sedolar dan dua puluh hari sudah kita kumpul dua dolar. Seperti kata, 'Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'.
Manalah tahu kita perlukan dua dolar itu untuk membeli benda ataupun menaiki bus. Betul kan? hahah..Biasalah saya ini juga seorang rakyat Singapura dan sebagai rakyat Singapura, sikap 'kiasu' ini memang susah untuk kita hindari. Oleh itu, apa kata kita gunakan sikap 'Kiasu' kita ini untuk berjimat dan menyimpan wang bagi masa depan kita. Sebab itu, jika kita nampak orang yang sedang membahagikan 'coupon' itu, jangan lah kita jual mahal untuk tidak mengambilnya. Jika situasi ini dilihat dari segi yang lain, dengan mengambil 'coupon' yang diedarkan, kita juga dapat meringankan beban orang itu untuk berdiri di bawa matahari yang panas. hahaha..Ada saja saya ni. Baik la..Oleh itu, janganl lupa ya untuk mengambik 'coupon' yang diedarkan tetapi jangalah kita mengambil 'coupon' yang tidak boleh digunakan =)
Selasa, 22 Julai 2008 7:56 PG
Air semakin hari semakin naik harganya. Singapura pula harus bergantung kepada negara lain untuk sumber air seperti Malaysia. Tetapi kini Singapura telah mempunyai sumber lain untuk bekalan air seperti newater, melalui 'reservoir' dan laut. Ini mungkin salah satu sebab mengapa harga air semakin naik kerana mereka harus menggunakan alat teknologi yang canggih bagi memproses air dari sumber-sumber ini supaya kita boleh menggunakannya.
Oleh itu, kita haruslah pandai berjimat-cermat semasa menggunakan air. Sebenarnya, ada cara-cara yang mudah dimana kita boleh mengitar semula air-air yang sudah digunakan dimana kita tidak perlu menggunakan sebarang teknologi dan boleh dilakukan d rumah. Seperti contoh, ibu saya, selepas mengosek beras, dia tidak akan buang air itu. Disebaliknya, dia akan menggunakan air itu untuk menyiram pokok bunga. Sering dikatakan bahawa air kosekkan beras bagus untuk bunga. Ibu juga sering menggunakan air yang telah digunakan untuk mengemop lantai untuk membasuh tandas. Bijak kan ibu saya untuk melakukan ini semua? hahah..Cuba la kawan-kawan melakukannya. Selamat mencuba =)
*gambar diambil dari flickr.
Ahad, 20 Julai 2008 7:30 PG
Semenjak adanya ciptaan alat penghawa dingin, manusia semakin kerap menggunakannya dan ini la menjadi salah satu penyebab kos elektrik naik. Lagi-lagi cuaca sekarang yang panas dan bahang, woh...makin lamalah alat penghawa dingin digunakan =)
Oleh itu, saya sarankan kita gunakan la kipas angin pada sebelah siang hari dan hanya menggunakan alat penghawa dingin itu pada sebelah malam semasa hendak tidur supaya dapat tidur dengan lena. Semasa menggunakan hawa dingin itu, janganlah kita buka yang paling sejuk kemudian berselubung dengan selimut yang tebal. Kita set kan suhu kepada 25 darjah selsius dimana ia dapat mengurangkan tenaga dan kos sedikit. Dan mungkin semasa hari hujan di sebelah malam, kita tidak perlu menggunakan hawa dingin itu disebaliknya hanya menggunakan kipas angin kerana sudah sejuk cuaca. Oleh itu, marila kita menggunakan alat penghawa dingin pada masa-masa yang tertentu sahaja.
Sabtu, 19 Julai 2008 8:34 PG
Harga minyak semakin meningkat dan ini menyebabkan harga barangan naik, harga teksi naik sebanyak 30 sen. Haiz. Nampaknya kehidupan di Singapura semakin susah dan tinggi. Walaubagaimanapun, rakyat Singapura tetap menaiki teksi dan semakin ramai orang mempunyai kenderaan sendiri. Tidak lah salah untuk kita mempunyai kenderaan sendiri ataupun menaiki teksi. Sekali-sekala bolehlah tetapi jika kerap, wah..melambung tinggilah nampaknya kos kehidupan seharian kita =)
Mungkin salah satu untuk mengurangkan kos pembelanjaan ialah mungkin sekali-sekala ataupun semasa ke kerja, kita menaiki kenderaan awam. Bolehla kita jimat dari segi minyak dan juga tenaga untuk memandu kereta. Ini juga boleh memberi kita peluang untuk menaiki ataupun mencuba kenderaan awam baru seperti 'circle line'.Oleh itu, janganlah kerap menaiki kereta sendriri sahaja =)
Isnin, 14 Julai 2008 9:19 PG
Kfc, macdonal, burger king, banquet, pizza hut...erhmm..lazat betul makanan di tempat-tempat ini kan? tapi kawan-kawan, jangan la kita membazir duit dan makan di luar selalu. Memang susah untuk kita mengawal nafsu keinginan untuk makan di tempat-tempat ini tetapi bukan kah lebih enak jika kita masak dan makan di rumah bersama? bukan la saya bermaksud jangan makan di luar langsung tetapi jika untuk hari-hari istimewa seperti menyambut hari lahir baru la kita bermakan di luar untuk meraihkannya.
Ini bukan sahaja menjimatkan wang tetapi juga demi kesihatan kita. Makanan di luar dikatakan lebih mengandungi banyak msg,minyak dan lain-lain yang segolongan dengannya. Jika kita masak sendiri, boleh la kita sukat bahan-bahan yang jurang baik untuk kesihatan seperti minyak.
oleh itu, marila sama-sama 'practice' kehidupan yang sihat dan juga dapat menjimatkan wang pada masa yang sama.
Julai 2008