Air semakin hari semakin naik harganya. Singapura pula harus bergantung kepada negara lain untuk sumber air seperti Malaysia. Tetapi kini Singapura telah mempunyai sumber lain untuk bekalan air seperti newater, melalui 'reservoir' dan laut. Ini mungkin salah satu sebab mengapa harga air semakin naik kerana mereka harus menggunakan alat teknologi yang canggih bagi memproses air dari sumber-sumber ini supaya kita boleh menggunakannya.
Oleh itu, kita haruslah pandai berjimat-cermat semasa menggunakan air. Sebenarnya, ada cara-cara yang mudah dimana kita boleh mengitar semula air-air yang sudah digunakan dimana kita tidak perlu menggunakan sebarang teknologi dan boleh dilakukan d rumah. Seperti contoh, ibu saya, selepas mengosek beras, dia tidak akan buang air itu. Disebaliknya, dia akan menggunakan air itu untuk menyiram pokok bunga. Sering dikatakan bahawa air kosekkan beras bagus untuk bunga. Ibu juga sering menggunakan air yang telah digunakan untuk mengemop lantai untuk membasuh tandas. Bijak kan ibu saya untuk melakukan ini semua? hahah..Cuba la kawan-kawan melakukannya. Selamat mencuba =)
*gambar diambil dari flickr.