*Gambar diambil dari Flickr
Sering kali semasa kita berjalan di luar, akan ada beberapa orang yang sedang memberi 'coupon' diskaun baik dari segi pusat makanan ataupun membeli-belah. Walaupun kurangnya tidak seberapa, tetapi jika kita menyimpan walaupun sepuluh sen sehari, sepuluh hari sudah menjadi sedolar dan dua puluh hari sudah kita kumpul dua dolar. Seperti kata, 'Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'.
Manalah tahu kita perlukan dua dolar itu untuk membeli benda ataupun menaiki bus. Betul kan? hahah..Biasalah saya ini juga seorang rakyat Singapura dan sebagai rakyat Singapura, sikap 'kiasu' ini memang susah untuk kita hindari. Oleh itu, apa kata kita gunakan sikap 'Kiasu' kita ini untuk berjimat dan menyimpan wang bagi masa depan kita. Sebab itu, jika kita nampak orang yang sedang membahagikan 'coupon' itu, jangan lah kita jual mahal untuk tidak mengambilnya. Jika situasi ini dilihat dari segi yang lain, dengan mengambil 'coupon' yang diedarkan, kita juga dapat meringankan beban orang itu untuk berdiri di bawa matahari yang panas. hahaha..Ada saja saya ni. Baik la..Oleh itu, janganl lupa ya untuk mengambik 'coupon' yang diedarkan tetapi jangalah kita mengambil 'coupon' yang tidak boleh digunakan =)