Harga minyak semakin meningkat dan ini menyebabkan harga barangan naik, harga teksi naik sebanyak 30 sen. Haiz. Nampaknya kehidupan di Singapura semakin susah dan tinggi. Walaubagaimanapun, rakyat Singapura tetap menaiki teksi dan semakin ramai orang mempunyai kenderaan sendiri. Tidak lah salah untuk kita mempunyai kenderaan sendiri ataupun menaiki teksi. Sekali-sekala bolehlah tetapi jika kerap, wah..melambung tinggilah nampaknya kos kehidupan seharian kita =)
Mungkin salah satu untuk mengurangkan kos pembelanjaan ialah mungkin sekali-sekala ataupun semasa ke kerja, kita menaiki kenderaan awam. Bolehla kita jimat dari segi minyak dan juga tenaga untuk memandu kereta. Ini juga boleh memberi kita peluang untuk menaiki ataupun mencuba kenderaan awam baru seperti 'circle line'.Oleh itu, janganlah kerap menaiki kereta sendriri sahaja =)