♥ raHsia biJak beLanja ♥
diuruSkaN oleH abfamiLy

ChatterBox
Tag before leaving



Khamis, 10 Julai 2008 8:46 PG

Hello semua!

Kakak ke-5 saya, kerap mengingatkan keluarga saya untuk tidak lupa menutup 'swtich' electrik jika tidak menggunakannya. Dahulu, keluarga saya tidak berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian kita. Ini menyebabkan harga electrik melambung tinggi hinggakan kakak saya berleter. Bising juga. Haha.

Semenjak hari itu, kami sekeluarga cuba untuk bijak belanja dengan menutup 'switch' electrik jika tidak menggunakannya. Walaupun hanya buat 10 minit sahaja, kita masih lagi dapat menjimatkan kos electrik. Setiap malam, sebelum tidur, kakak saya akan periksa setiap 'switc' eletrik untuk memastikan ia ditutup. Dengan berbuat sedemikian, harga eletrik rumah kami turun . Syukur alhamdulilah, cara begini dapat menolong kami berjimat walaupun ia adalah sesuatu yang melecehkan.

Jadi kawan-kawan, janganlah kita lupa untuk menutup 'switch' jika tidak digunakan dan janganlah membazir eletrik jika digunakan untuk perkara yang sia-sia sahaja. Jumpa lagi =)



Julai 2008