♥ raHsia biJak beLanja ♥
diuruSkaN oleH abfamiLy

ChatterBox
Tag before leaving



Ahad, 6 Julai 2008 5:08 PG

Apa khabar semua?? Ini adalah kali pertama saya mempunyai blog untuk berkongsi bersama mengenai sesuatu isu. Isu yang akan dibincangkan ialah cara untuk berjimat dalam perbelanjaan seharian bagi menangani kos kehidupan yang meningkat.

Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk berjimat. Saya disini ingin mengambil peluang ini untuk berkongsi beberapa cara dimana saya kadang kala mempraktikalkan bagi menjimat perbelanjaan seharian saya.

Salah satu daripada caranya ialah dengan berjalan kaki jika jarak destinasi dengan tempat di mana kita berada sekarang dekat sahaja ataupun hanya terpisah oleh 3 perhentian bas. Janganlah kita dengan mudah menghulurkan tangan menahan teksi. Apatah lagi harga teksi yang semakin meningkat sekarang ini. Dengan berjalan kaki, kita bukan hanya berjimat malah ia merupakan satu senaman yang dapat menyihatkan badan kita.

Teruskan bersama saya dalam topik jimat belanja ini. Janganla segan-segan untuk memberikan komen anda di blog saya. Semoga kita dapat sama-sama manfaatkan cara-cara yang dikemukakan =)



Julai 2008