
Saya kembali semula!
erhmm.. rasa-rasanya sekarang sedang ada jualan murah Singapura 'GSS' kan? Kawan saya baru sahaja ajak ke 'nike sale' dimana ia sedang memberi promosi sebanyak 80 peratus..eish eish..harus pergi ni..haha.. Ini lah masa-masanya dimana rakyat singapura berpusu-pusu ke pusat membeli-belah untuk 'shopping'! haha..maklumla rakyat singapura sering dikatakan 'Kiasu' =)
Sebenarnya, ini adalah salah satu cara untuk kita berjimat-cermat dimana kita dapat berjimat kerana kita boleh mendapatkan barangan yang sama tetapi pada harga yang lebih murah. Oleh itu, jika satu barang itu, kita hanya setakat mahu beli tetapi tidak mustahak ataupun tidak diperlukan ketika itu, jangan la kita membazirkan wang dengan membelinya sekarang. Bersabar la seketika dan tunggu masa-masa seperti 'GSS' ini. Bersabar separuh daripada iman kan? Jadi ini ibarat satu frasa inggeris, 'Killing two birds with a stone' dimana kita dapat berjimat dan jugak meningkatkan tahap kesabaran kita. Mana tahu, ada barangan yang lebih cantik dan bagus. Ini la yang dikatakan hikmah =)